POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
MYTV Broadcasting Sdn Bhd ("MYTV") mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP") dan prihatin serta komited terhadap perlindungan dan privasi butiran peribadi anda. Untuk membolehkan kami menyediakan produk dan khidmat kami, dan beroperasi secara efisien dan berkesan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi anda.
MYTV boleh mendedahkan data peribadi anda kepada sekutu kami atau pihak ketiga, yang terlibat dalam memberikan Khidmat bagi pihak MYTV dan dengan berbuat demikian, MYTV akan mematuhi semua undang-undang berkaitan, peraturan-peraturan dan standard industri.
Dengan ini anda menerima dan bersetuju dan menerima bahawa dengan membuat pendaftaran dan/atau menggunakan produk dan Khidmat MYTV secara berterusan, dan memberi kuasa dan kebenaran kepada MYTV untuk memproses data peribadi dan bilamana perlu, mendedahkan kepada pihak berkuasa Kerajaan berkaitan apabila terdapat keperluan undang-undang atau Kelas pihak Ketiga yang dikenalpasti oleh
MYTV bagi tujuan MYTV memberikan khidmat dan produk kepada anda.
Bagi mematuhi APDP, anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami Kenyataan Privasi MYTV sepertimana ternyata dalam laman web www.mytvbroadcasting.my mengenai bagaimana MYTV memproses dan melindungi data peribadi anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang solan atau aduan berkenaan pemprosesan data peribadi anda oleh MYTV, atau anda inginkan akses, dan/atau membetulkan dan menghadkan pemperosesan data anda dibawah undang-undang yang terpakai, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan MYTV di talian 1300-80-6988.
* Kos pemasangan dekoder dan antenna adalah ditanggung oleh pihak penerima.
* Untuk menikmati MYTV secara percuma, anda digalakkan untuk membeli antena UHF digital.
* Dengan menekan butang seterusnya, anda bersetuju untuk melakukan pemasangan dekoder ini berserta terma dan syarat di atas.
Terma dan Syarat Pemasangan
1. Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di dalam borang ini adalah benar. Saya memberi kebenaran kepada pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. untuk menggunakan Data Peribadi saya bagi tujuan pendaftaran pemasangan dan perkhidmatan yang disediakan sahaja.
2. Saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat pemasangan sekiranya perlu daripada wakil pemasang berdaftar dalam masa 7 hari daripada tarikh pengambilan dekoder.
3. Saya bersetuju bahawa pihak MYTV tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian dan kerosakan, secara langsung atau tidak langsung semasa pemasangan dekoder dilakukan.
4. Saya bersetuju untuk memberi maklum balas kepada pihak MYTV bagi membuat susulan terhadap pemasangan dekoder oleh pihak Tuan/Puan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan dekoder.
*Dengan menekan butang seterusnya, anda bersetuju dengan terma dan syarat di atas.